..::M3::..

K a D O k
MåLë
PiE§Çes
JÕHoRÉ
p_kadok@yahoo.com
YïM: p_kadok


u saw me when im invisible...

org tgh dok ngintai nih...




ÏMpöRtÅnT DÅtë§:



jÚnë 08th 1983 : MÚm P'åwä¥
M⟠09th : dåD'§ ßE§dã¥
MãrÇh 12th : M¥ ßE§dã¥
FÈß 13th : MådÈy'§ ßE§dã¥
JÚnë 21st : ÅrëL'§ ßE§dã¥
MårÇh 21st : ïwän'§ ßE§dã¥



Hahhh..Jeritlah!!!

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed









 
Tuesday, April 29, 2008
.:: Maaf ::

Kalian,

Maaf...aku terpaksa berpindah ke sini

Maaf atas segala kesukaran.

Regards,

Kad0k


Posted at 9:39 am by kaDOk
Bisikan?  

 
Monday, April 28, 2008
~Hari Yang Gelap~

Aku Kehilangan wallet 2 bulan yang lalu

Terlalu banyak kubazir kan

Membayar Penalti Mykad

Membayar penalti ATM kad

Membayar penalti Kad Kredit

Membayar penalti Lesen

Membayar penalti untuk Wallet baru

Tapi..yang paling mengharu-kan

Wallet yang kusangka hilang rupa-rupanya tersimpan rapi

Dibawah seat passenger

Demit

 

Nota kaki:

Sentiasa belajar dari kesilapan..sungguh


Posted at 10:31 am by kaDOk
Bisikan?  

 
Saturday, April 26, 2008
Adoiii!!!

Owhhhh..aku baru pulang dari Klang. Melawat ibu mertua yang demam teruk. Ketika aku sedang leka memandu…tiba-tiba awek aku seorang ini bersuara..

Dia : Abg…kenapa kata-kata lelaki kategori kacak tidak boleh dipercaya? Rata-rata semua perempuan akan berfikiran yang sama.

Aku : Entahla..kiterang pon tak paham kenapa?

Dia : Huh?…perasan!!

Adoiiii…sakitlah.

 

Nota Kaki:

Sudahlah…tidak semua dalam kelompok itu punya perangai yang sama..tanya sahaja aku kalau tidak percaya..hahaha


Posted at 9:19 pm by kaDOk
Bisikan?  

 
Wednesday, March 26, 2008
::KemBali::

Salam...

Aku tergerak menulis kembali (perasan!!!...mcm ada orang nak tengok..:p)...jika kulihat dari entry-entry didalam archive...ini masuk tahun ke 4 sudah aku kira. lama tu. jadi bertitik dari itu. terasa sayang pula rasanya jika aku kuburkan blog ini kerana disini-lah aku kenal kalian...MR, CD, BP, Wira, Yna, Tiara, Cekya, Jamri, Kimie, NBK, AP, Apple, Am, Kunci, Kaksya, Kak1, kelambu, Op, KT, Leen, MA, Mawar, Nida, PB, Sha, Sodep...arghhh..terlalu ramai utk kutuliskan...kalian memang hebat..aku perlu ada semangat menulis seperti kalian walaupun kebanyakkan penulisan aku ini lebih kepada merapu...hehehe

 


Posted at 2:11 pm by kaDOk
Bisikan?  

 
Tuesday, February 12, 2008
Beralih Arah

Salam untuk kawan-kawan...

Buat masa ni aku tak aktif sangat dah kat blogdrive ni...aku berpindah ke rumah yang baru..jadi sudi-sudi lah datang menjengok..hehehe

~ Klik Sini ~

Tapi Insya-Allah..ada kelapangan aku akan menjengah ke blog kalian...satu-satunya reason aku pindah ke multiply..sbb aku malas nak apdet..sikalang meroyan amik gambo aje..hahaha

Mana tau later aku akan aktif (pernah ke aku ni aktif dlm blog)..aku akan update mcm biasa..cuma masa tu tak tau la..

Daaaa for now

Regards,

Kad0k


Posted at 3:17 pm by kaDOk
Bisikan?  

 
Wednesday, October 10, 2007
::SeLamAt HaRi RaYa AiDiLFitRi::

Salam,

 

Puasa sudah hampir ke penghujungnya. Lepas ni kita akan menyambut Hari Raya pulak. Jadi bersempena dengan hari Raya yang akan tiba dalam 2-3 hari ini, aku dah awek aku ingin mengucapkan Selamat Hari  Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin pada kalian jika ada salah silap kata yg aku tulis sepanjang kita ber-blog ni menyinggung hati dan perasaan kalian. Yang balik kampung dan memandu tu…selamat memandu dan memandulah dgn cermat…yang dok sibuk-sibuk pikiaq nak main mercun tu…hati-hati ok…sbb aku pon akan main gak bila sampai kampung nanti…hehehe

 

Balik KamPung…oooo…baLik KamPuNg…Hati GiRaNg….


Posted at 8:38 am by kaDOk
(2) orang berbisik...  

 
Friday, August 10, 2007
SaLam

Salam…

 

Alhamdulillah..settle semuanya. Penat mmg la penat..nak buat mcm mana..nak jugak mcm orang lain…hehehe

 

p.s:
Satu kapal hampir tenggelam..cuak orang-orang kat opis aku mengenangkannya..tapi sampai tahap ni tak tau lagi ape status dia…ishhh


Posted at 10:21 am by kaDOk
Bisikan?  

 
Monday, June 25, 2007
RuBy

Saya ada seekor kucing. Kucing saya bernama Ruby. Ruby baru melahirkan 5 ekor anak. Anak-anak ruby comel-comel belaka. Ada antaranya seumpama memakai helmet dan ada antara mereka seumpama memakai stoking putih dan hitam. Ada juga antara mereka yang mempunyai muka yang comot. Sehingga kehari ini, hanya 3 ekor sahaja anak ruby yang mampu bertahan dek ketidak acuhan si Ruby. Saya cuma mempunyai satu firasat berkenaan si Ruby iaitu ia beranak di usia yang sangat muda. Cuba bayangkan. Ketika saya mengambil ruby is masih lagi berkelakuan keanak-anakkan. Sungguh!!. Tidak lama selepas ia berada dirumah, ruby sudah mempunyai tabiat yang luar biasa. Satu yang paling ketara adalah sikapnya yang suka tidur didalam bilik air. Mungkin ia kepanasan disamping sikapnya yang suka muntah-muntah akibat keloyaan…selepas melahirkan. Ruby tidak acuh dengan anak-anaknya sehingga ia kadangkala kelihatan menghempap anak-anaknya sewenang-wenangnya. Terbaru kes penderaan si ruby terhadap anaknya adalah anaknya mengalami kecederaan teruk dibahagian kakinya sehingga patah yang membawa kepada kematiannya. Kejam!!!

 

Sekian sahaja tajuk karangan saya bertajuk Ruby kucing kesayangan saya. Terima kasih.

 

p.s:
geram aku dgn si ruby, anak dihempap2 sampai kaki dia patah. Kadang2 aku tengok kalau dia masuk tempat anak dia nak menyusukan anak dia main baring aje tak hirau samada anak dia ada ke idak. Tu yang buat anak dia terhempap. Sampai patah tulang kaki…ishhh…aku kena buat laporan penderaan terhadap anak ke?


Posted at 12:12 pm by kaDOk
(8) orang berbisik...  

 
Friday, June 22, 2007
saLaM

Salam…

Lama sungguh tak update blog ni. Aku bz lately. Hari ini memang hebat. Dapat surat saman aku yang pertama dalam hidup. Sebab melepasi zon had laju yang ditetapkan. Alahhh…beza 11km/h je..menurut intipati surat saman tu sepatutnya area tu 90km/h tapi aku speed smpi 101km/h. beza 11km/j je kan? Tak banyak. Kira mcm serupa kalau kita berlari. Hahaha.

 

Pasai kerja..malas aku nak komen…kelam kabot…tengok la kalau umur panjang kat kompeni ni..tak banyak benda yang aku bole belajar…maklumla..aku ni masih merangkak lagi.

 

Aku baru aje habiskan DVD series Grey’s anatomy… layan sehhh…dari season 1-3 aku bole habiskan dalam masa 2 minggu…nasib baik season 4 takde lagi. Tapi rasa aku ada season 4 sebab cerita tersangkut..apa akan jadi pada dr steven yang jatuh chenta pada dr o’malley, dan dr o’malley yg failed dalam exam dia which makes him not qualified him to be a doc, apa akan jadi pada dr Yang yg tak jadi kahwin dgn dr Burke, apa akan jadi pd dr grey yg putus dgn dr shepherd, apa akan jadi pada dr mark dgn dr Montgomery…arghhhh..tak sabo aku nak tunggu season 4 tu…hahaha…dan benda2 ni lah yang membuatkan aku sentiasa mengantuk masa waktu berkerja. Ampon bos. Lepas ni tak buat lagi.

 

Alhamdulillah wife aku dah buat pembedahan buang lump pada bahagian pinggang dia. Masa aku g follow up kes dia last week, doc ckp alhamdulillah semua dah clear. Cuma kena check benda tu sendiri takut2 ada tumbuh lagi kat tempat lain. Lump tu dah ada lama kat pinggang isteri aku dan dia dah pernah check kat klinik2 sebelum ni sampailah satu hari tu dia check kat satu klinik tu. Doc tu bole ckp kalau nak buat pembedahan tu my wife kena duduk rumah for 2-3 months. Itu yang membuat isteri aku takmo wat operation tu. Ada ke doc bole ckp mcm tu dan bila aku bwk isteri aku kat satu hospital ni, dia kena bedah tgh hari then petang dah bole balik (daycare). Alhamdulillah takde pon sampai 2-3 bulan. Tu lah yang buat isteri aku tak mau buang. Simpan lump tu sampai sebesar telor ayam yg dibahagi dua. Hahahaha

 

That’s for now. Lepas ni samung lagi. daa


Posted at 9:43 am by kaDOk
(2) orang berbisik...  

 
Wednesday, May 09, 2007
hApPy BiRtHdAy DaD

Salam...

 

Sebelum aku menceceh...aku nak ucap selamat hari lahir buat ayah aku yang hari lahirnya jatuh hari ini. selamat hari lahir ke-50 ayah..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki…semoga kehidupan dirahmati Allah selalu….aminnn...mesti korang cakap..."mudanya bapak ko kadok?"...tu lah tu..muda...anak dia ni pon dah umo 30-an...hahaha...anak ke-2 pun dah umur 29 tahun. 3rd umur 28 tahun. beso2 dah seme. kalau jalan sesama mcm abg2 dgn adik2…

 

Owhhh…utk para ibu..selamat menyambut hari ibu…J


Posted at 11:16 am by kaDOk
(7) orang berbisik...  

Next Page